E-Filing Tahun Taksiran 2022, korang dah submit ke?


Tempoh submit E-Filing bagi cukai pendapatan 2022 dilanjutkan sehingga 15 Mei 2023. Korang dah submit ke belum? Kalau belum elok la submit cepat. Jangan tunggu last minute. Kena declare dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

Antara pengecualian cukai bagi tahun 2022 boleh rujuk gambar kat bawah ni,


1. Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / isteri / alimoni kepada bekas istri : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
  • pembelian bahan bacaan
  • pembelian komputer peribadi
  • telefon pintar / internet
  • pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
  • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
  • Pembelian peralatan sukan
  • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
  • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
  • Penginapan di premis yang berdaftar
  • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)

3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
  • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

4. Caruman / Sumbangan

  • Insurans Nyawa dan KWSP *individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
  • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000


Macamana nak tau kita layak ke tidak untuk bayar cukai? Boleh rujuk ni:

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

  • ☛ DIRI SENDIRI : RM37,333 setahun @ RM3,111 sebulan
  • ☛ BERKAHWIN + 1 ANAK : RM39,333 SETAHUN @ RM3,278 sebulan (Taksiran berasingan)
  • ☛ BERKAHWIN + 2 ANAK : RM41,333 SETAHUN @ RM3,444 sebulan (Taksiran berasingan)
  • ☛ BERKAHWIN + 0 ANAK : RM48,000 SETAHUN @ RM4,000 sebulan (Taksiran bersama)
  • ☛ BERKAHWIN + 1 ANAK : RM50,000 SETAHUN @ RM4,167 sebulan (Taksiran bersama)
  • ☛ BERKAHWIN + 2 ANAK : RM52,000 SETAHUN @ RM4,333 sebulan (Taksiran bersama)

So marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.Bersama-sama kitamenanamkan rasa cinta kepada negara dengan meyumbang kepada kemakmuran negara.


0 Comments

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)

Post a Comment

hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post