
| 1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing- | |||||||||
| masing | |||||||||
| 2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan | |||||||||
| pelukan dan ciuman di bibir. | |||||||||
| 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya | |||||||||
| sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. | |||||||||
| 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, | |||||||||
| menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. | |||||||||
| 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan | |||||||||
| anak2 jika pada hari berkerja. | |||||||||
| 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda | |||||||||
| mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. | |||||||||
| 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa | |||||||||
| sebelum tidur. | |||||||||
| 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam | |||||||||
| sekali pun apatah lagi berhari-hari. | |||||||||
| 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar | |||||||||
| misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. | |||||||||
| 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat | |||||||||
| kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. | |||||||||
| 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman | |||||||||
| selepasnya. | |||||||||
| 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk | |||||||||
| menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. | |||||||||
| 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai | |||||||||
| pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. | |||||||||
| 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa | |||||||||
| sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. | |||||||||
| 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak & suami | |||||||||
| yang berkerja keras menyara keluarga. | |||||||||
| 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta utk mengelakkan pasangan merasa jemu. | |||||||||
| 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang & berbincang bersama untuk menyelesaikannya. | |||||||||
| 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia | |||||||||
| kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. | |||||||||
| 19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah | |||||||||
| ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. | |||||||||
| ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ | |||||||||

mekasih.. tips yg baik nih.. =)
ReplyDeletejangan lupa amalkan...utk eratkan kasih sayang...ekeke
ReplyDeletePost a Comment
hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)