Diam tak diam, dah 6 tahun rupanya...enam tahun lepas, pada tarikh ini 23rd December 2007, kami diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, jodoh kami kuat hingga ke hari ini. Dan hasil perkahwinan kami, dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang comel dan sejuk mata memandang. Syukran...
Selamat menyambut Hari Ulangtahun buat suami tercinta Mohd Asry...moga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..Amin...
Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia
lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian
hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan
perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada
penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta
dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa
kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan
solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup
bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun
duka yang terpalit diantara kami di hati kami.


إرسال تعليق
hai.. tQ sudi singgah di sini.. hope sudi komen sekali yea.. mekacehh.. =)